Tuesday, June 7, 2011

Warkah Seribu Kasih (Episod 13) 2nd last


    Suasana di pusara saat talqin dibacakan agak pilu.Tangisan daripada pihak keluarga Puan Rosnah masih belum lagi menemui kesudahan,begitu juga dengan Haziq.Turut melengkapi,Encik Saad,ayah kandung kepada Zura.Perwatakannya kini sudah tampak jauh berbeza jika dibandingkan dengan pada masa dahulu.Dia juga turut bersedih di atas pemergiaan yang telah menimpa keluarganya.Dia juga menyedari bahawa sudah tiada jalan untuk dia berundur bagi memperbetulkan segala kenodaan yang telah dilakukan sebelum ini,mujurlah dia dikurniakan anak-anak yang serba-serbi menjadi.

    Selesai sahaja talqin dibacakan maka berlalulah kepergian semua jemaah yang terdiri daripada ahli keluarga Puan Rosnah,sanak saudara terdekat dan sahabat handai.Hanya Haziq yang tinggal menemani kepok nisan Zura,dan sesekali wajahnya disirami simbahan cahaya matahari yang menyelinap masuk di celahan dedaunan nan bertautan di dahanan si perimbun.Air matanya bertaburan menghampari dada kegersangan sang tanah yang bergaul kemerahan.Tiba-tiba muncul suatu jambangan tangan yang menyinggahi pada raut kusamnya,menyampaikan warkah titah perutusan khusus buatnya.

Buat tatapan Abang yang dicintai....


    Zura di sini ingin memaklumkan bahawasanya,Zura ingin memohon seribu kemaafan,daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki,dan Zura tahu yang selama ini,Zura selalu mengabaikan Abang,sejak kita berjauhan beberapa tahun yang lalu..Zura terlalu sibuk pada pelajaran sehingga menyebabkan hati kita berjauhan..Zura tak salahkan Abang,kerana Zura faham situasi Abang di Malaysia yang memerlukan seseorang untuk berada dekat mengambil berat segala perihal berkaitan diri Abang...


    Namun Zura di sana tidak pernah melupakan Abang.Setiap langkah kaki dan denyutan nadi Zura sentiasa menyeru nama Abang.Tidak kira apa jua keadaan Zura,sedih mahupun gembira,doa Zura untuk Abang tidak pernah kering.Zura sangat bersyukur yang Abang sudah pun berjaya sekarang.Zura turut tumpang gembira di atas pencapaian yang membanggakan daripada Abang.


Abang yang Zura sayangi...


    Zura rasa tidak sabar menantikan hari suntingan kita nanti... terlalu banyak impian yang Zura pasang dan simpan untuk kita berdua kelak...Zura yakin yang suatu hari nanti Abang akan menjadi seorang suami yang soleh dan ayah yang bertanggungjawab kepada isteri dan anak-anak yang bakal kita lahirkan nanti..


Abang yang Zura kasihi..


    Seandainya tiada jodoh di antara kita,anggaplah warkah ini,sebagai bukti agung cinta Zura pada Abang...Walaupun ia dimamah usia,dijilat api,dan dibasahi hujan,namun isi yang terkandung di dalamnya akan tetap terus membara dan menyala di dalam jiwa dan sanubari Abang...Abang boleh merasainya....Tetapi salurkanlah ia ke jalanan yang selayaknya....Zura doakan agar Abang terus berbahagia di dunia dan akhirat...Doa Abang juga akan sentiasa mengiringi Zura........


Abang....


   Sampai di sini sahaja warkah Zura buat Abang..Zura sekali lagi memohon keampunan pada Abang,atas segala dosa yang telah Zura lakukan...Kalau inilah warkah terakhir yang Zura abadikan untuk Abang,anggaplah ia hadiah yang tidak terhingga nilainya yang termampu Zura berikan....Doakanlah juga untuk ketenangan Zura di sini..........

Abang,
Abanglah cita-cita Zura,
andai ada jodoh kita,
maka bersoraklah seluruh semesta,
wajah kegembiraan dan kesyukuran,
terukir di bibir sang pencinta,
yang idamkan taqdir seperti kita.........


Abang,
kalau sudah tertulis,
suratan sebaliknya,
redha dan terimalah kehendak dan ketetapan Yang Esa,
doa Zura untuk Abang,
dianugerahkan pengganti yang sama tara,
agar nama Zura lenyap di laman,
Abang mekar selamanya di taman..........


Abang,
Zura sayangkan Abang,
menjangkaui batasan pengertian,
yang Abang sendiri tiada upaya dalami,
ketulusan dari jiwa yang murni,
empuNya alam hanyasanya yang bisa menafsirkan......


Abang,
andai Zura pergi dulu,
kenanglah sentiasa dalam tadahan doamu,
damailah Zura di pusara muara kebangkitan semula,
walau bukan di tandus fana ini kasih terpatri,
insyaAllah,
di mahligai syurga abadi,cinta termeteri.......


Abang,
janganlah menangis lagi,
kerana ianya hanyalah sekadar puisi,
ciptaan Zura,
pengubat duka jiwa yang lara,
penawar hati dendam membara,
untuk Abang dan Zura,
jadikan teladan dan sempadan,
menuju matlamat yang Abang dan Zura idamkan agar ia jadi kenyataan.....
amin ya rabbal 'alamin....

2 comments:

  1. simple dan menusuk kalbu la weh. the best part ever la. thumbs up.

    ReplyDelete
  2. thanx kairil......really appriciate it.........u r the best frenz ever......

    ReplyDelete