Sunday, June 5, 2011

Salah Siapa?Dosa Siapa?~~ (Episod 12)



    Suasana eksotik di dalam bilik mesyuarat Datuk Ilham agak meriah dilitupi dengan bunyi tepukan gemuruh buat anak muda yang sedang membentangkan proposal kerangka untuk projek pembinaan kondo mewah yang telah  mengambil tempat di Mutiara Damansara.Barisan lembaga pengarah yang turut terlibat dalam projek pembinaan berkenaan turut melahirkan rasa kekaguman melihat persembahan gah daripada anak muda kelahiran Sik ini yang mempunyai potensi cerah dalam bidang yang diterajuinya.Tidak sia-sia mereka mempetaruhkan pelaburan yang menelan belanja jutaan ringgit seandainya keberhasilannya mencecah keuntungan berlipat kali ganda.

    Mereka begitu yakin bahawa projek ini akan menemui masa depan yang agak bersinar dan begemerlapan.Selesai sahaja persidangan,sekali lagi tepukan yang gemuruh diberikan kepada anak muda ini tanda pengiktirafan yang tidak terperi kepada kesungguhan dan komitmennya yang tidak pernah berbelah bagi.Haziq begitu bertuah kerana belum ada lagi sesesiapa pun yang seusianya mengecapi apa yang sedang dimilikinya.

    Semua barisan panel ahli mesyuarat telah pun beredar meninggalkan bilik mesyuarat termasuklah Haziq yang juga sememangnya ingin segera pulang untuk beradu.Terasa lemah dan longlai Haziq pada hari tersebut kerana pergerakan tubuh badannya yang tidak lagi sejajar dengan pemikirannya.Satu persatu bebanan terlucut daripada tanggungannya.Namun pun begitu,masih banyak lagi yang bertenggek dan belum terleret.Belum pun sempat Haziq menghayunkan kakinya menuruni tangga,tiba-tiba,sekali lagi deringan pada telefon bimbitnya menyentak lamunannya.

    Tulang belulang belikat Haziq menyandari lalu menghempasi dinding apabila menerima panggilan daripada Fatin, adik bongsu Zura.Bergetar suara Fatin ketika menyampaikan pengkhabaran akan kakandanya Zura,yang telah ditimpa kemalangan ngeri.Kereta yang dipandunya terbabas merempuhi pembahagi jalan lalu menjunam kedalam gaung.Kini keadaan Zura sangat parah dan kritikal.Zura telah kehilangan banyak darah dan patah kedua-dua belah kakinya.Yang paling menyedihkan lagi,Zura koma dan masih lagi tidak sedarkan diri,dan kini di tahan di dalam unit rawatan rapi.

    Haziq seperti tidak dapat menduga kenyataan sebenar,belum pun sempat dia menebus sepenuhnya segala keselingkuhannya pada Zura,tempiasan dosanya telah pun menimpa insan yang paling dicintainya.Hasil daripada rangkuman penyiasatan,kereta yang dinaiki Zura,telah dimatikan sistem breknya.Ternyata ada pihak yang mensabotaj nahas kecelakaan ini,dan ia masih lagi di dalam peringkat penyiasatan pihak polis.Kalaulah kesakitan itu boleh ditukar ganti,nescaya Haziq akan menjadikan dirinya sebagai galang ganti kepada penderitaan Zura,akan tetapi hakikatnya tidak bersifat sedemikian.Tiada gunanya lagi jika dia menawan kakinya hingga ke hujung penamat dunia,andai Zura tidak bersama tatkala kejayaannya terlakar di puncak kayangan.Kegurutuan hatinya seperti sudah dapat membayangi yang Zura akan pergi meninggalkannya untuk selama-lamanya.

    Lebih memeritkan,apabila hasil daripada makluman saksi kejadiaan,mendakwa telah melihat kedapatan beberapa orang yang bertanggungjawab mematikan sistem brek tersebut.Setelah diberkas,pihak polis mendapati,bahawa dalang utama kes ini adalah Linda,puteri tunggal Datuk Ilham.Linda ditahan dan dibicarakan di atas tuduhan cubaan membunuh di bawah seksyen 304 kanun keseksaan,dan jika disabitkan kesalahan,akan dipenjarakan selama tujuh tahun.

    Sesampainya Haziq di Hospital Besar Kuala Lumpur,yakni tepat pada jam sepuluh malam,terlihat sekujur tubuh yang terbujur kaku di dalam ruangan balang kaca dengan kehadiran wayar saluran darah yang berseliratan dan melintasi di sekitar pelusuk badannya disertai regulator oksigen yang menekupi saluran pernafasannya.Apakah Zura akan menamatkan ceritara citra hidupnya dengan kematian yang tragik dan menyedihkan?apakah ini kesudahan yang adil dan terbaik untuknya?Sesungguhnya tuhan lebih mendewasai akan perihal hikmah yang terselindung di sebalik kecelaruan ini.

No comments:

Post a Comment