Wednesday, June 8, 2011

Episod Terakhir......


    ''Man!!!bangun!!!dah pukul berapa ni?''pekik Makcik Timah kepada anaknya yang masih lagi tidak terjaga.Matahari sudah pun terpacak benar-benar di atas kepala,namun Man masih lagi lena diulit mimpi-mimpi indah.Tiba-tiba matanya terbeliakkan,dan dirasakan tilamnya sudah mulai lembab.Makcik Timah dengan tanpa ragu-ragunya menuang segayung air ke arah Man untuk kali yang kedua.Man yang terjaga daripada lenanya akibat terkena siraman air Makcik Timah itu tadi dengan penuh puitisnya menerpa ke arah peha ibunya bertanyakan tentang Zura.Makcik Timah yang kehairanan itu berang dengan tindakan anaknya lalu dengan tanpa segan silu menghulurkan sepakan berangkai dengan kedua kakinya terapung di udara menerjah ke dada Man.

    ''Bila masa kau ada bakal bini?kerja pun tak ada?makan pun mak yang tanggung,ada hati nak berbini!!'' Bebel Makcik Timah kepada anaknya.Kelat senyuman Man seketika,sambil mengaru-garu kepalanya tatkala mengetahui bahawa realiti sebenar yang dia memang tiada kekasih hati yang bernama Zura,dan yang paling utama,dia juga bukan Haziq.Rupa-rupanya dia hanyalah Seman,seorang penganggur dan bukan Haziq seorang arkitek.Man pun berlalu,sambil menggeleng-gelengkan kepalanya lantas mencapai tuala,dan mengahala ke arah bilik air.Mimpinya malam tadi telah memberi impak hebat dalam realiti kehidupan sebenarnya.Dia seolah-olah lupa yang dia tertidur setelah selesai menonton drama bersiri episod terakhir,yang bertajuk Nisan Cinta Suci.



                                                        T.A.M.A.T

P / S : Aku mintak maaf pasal aku 'setting' 'ending' ceritanya macam ni.Aku tak mau korang semua layan sangat perasaan.Aku nak korang 'hepi',dan tak mau sedih-sedih okay.Harap-harap korang semua enjoy dalam mengikuti perkembangan novel mini aku ni,daripada episod satu sampai yang 'last' ni.Maaf kalau ada menyentuh benda-benda yang tak sepatutnya.Tak ada kena mengena dengan sesiapa pun dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.Itu saja dari aku.Salam sayang dari aku.Semoga korang dirahmati Allah.Ameen.................

Biografi Penulis


  • Muhammad Syafiq Bin Nor Wira
  • 24 Tahun
  • Klang,Selangor
  • 16 September 1987
  • Maahad Ahmadi Gemencheh, Universiti Al-Azhar
  • Single but not Available
  • Anak sulung daripada 5 adik beradik
  • Negeri Sembilan Darul Khusus
  • Usj,Putra Heights
  • Menyanyi,Bermain Gitar,Cipta Lagu,Movie,Yamca,Futsal



6 comments:

  1. ala pit...ending cmni ko bagi..punah ranah feeling aku novel ko nih..
    pape pun mmg terbaekk dalam bakat ko menulis

    ReplyDelete
  2. tak best!! aku dah agak dah. tak silap jangkaan aku. mimpi??!! demm. R>H

    ReplyDelete
  3. hehe..sebenarnye,episod 13 tu lah endingnye...cume saje bg episod 14 ni,saje2 nak bg korang gelak2 n menyumpah2 aku...sowi sgt2....

    thanx bro sebab ikut perkembangan....13 tu lah endingnye sebenarnye...thanx byk2 syed....semoga kau najah besok......amin.......

    ReplyDelete
  4. kairil : sowi...actually 13 tu endingnye...sowi eh...jgnla marah..saje nak tgok kowang senyum n gelak.....jgn marah ek...anyway,sayang kau sgt2....sebab kau ikut perkembangan dengan penuh kesetiaan dari awal sampai abis.....semoga kau berjaya di dunia dan akhirat.....amin...

    ReplyDelete
  5. erk.. aku tak tau la nak gelak ke, sedih ke, ape ke dgn ending ni.. ok, cepat kuarkan next novel pulak..

    ReplyDelete
  6. ika : sowi ika....anggap jerla yg 13 tu chapter last...sowi sgt...saje nak wat kelakar sket,lame x wat kelakar da,huhu...

    insyaAllah ade jeki,akan wat next novel....tggu dan nanti k....thanx sgt2 k......4 those support....

    ReplyDelete