Monday, May 30, 2011

Ilusi Epilog Kepiluan Dalam Ketabahan...~~ (Episod 11)


    Dari jauh jelas kelihatan kelibat seorang gadis berskirt pendek yang sedang duduk santai di sebuah kafe francais,Starbuck.Gaya lagaknya sedikit angkuh dan seraya menyalakan sebatang rokok Dunhill Light dengan berilahamkan pemetik api Zippo.Heretan langkah Zura sedikit demi sedikit menghampiri gadis berkenaan lantas sapaannya melantuni di belakang bahu gadis tersebut,kaca mata hitam Ray Bannya mengaburi kebesaran bukaan matanya yang terbeliakkan sejurus menyedari akan kehadiran Zura.

    Zura memperkenalkan diri lalu menghulurkan hunusan tangannya walaupun tidak mendapat sebarang reaksi balas yang positif.Menyedari akan kehadiran Zura,dia terus bertindak seperti meraba sesuatu di dalam tas tangannya yang berjenama Louis Vutton,lalu mengeluarkan sekeping sampul tipis lantas dihamparkannya di hadapan Zura.Belum pun lagi punggung Zura mencecah pada landaian kerusi kayu jati yang berada di hadapannya,tempelakan tersebut sudah pun menampari kencang air mukanya.

    Zura sedikit kehairanan melihat telatah dan gelagat gadis genit yang bernama Linda itu,tambahan pula setelah disirami dangan gaya lagaknya yang sedingin salju,lalu Zura pun mencapai dan mengopek sampul tersebut bagi mentelusi isi kandungnya.Tersentak Zura apabila mendapati keberadaan sekeping nota cek berpalang sejumlah setengah juta Ringgit Malaysia,serentak dengan itu juga dia menolak baik tawaran istimewa tersebut.

    Zura faham benar maksud di sebalik muslihat tersembunyi yang ingin diterjemahkan oleh Linda.Sehubungan dengan itu,maka tersimpul matilah urat yang berseliratan di bawah lingkaran ubun-ubunnya sehingga menampakkan timbul dan tenggelam denyutan nadi dek percikan api kemarahan yang membara,serta tidak tertanggung lagi kepanasannya oleh simbahan air keredupan senyuman Zura yang terus mengibarkan sayap naungannya.''kenapa?tak cukup?apa lagi yang kau nak?'' bentak Linda yang hanya didengari oleh mereka berdua sahaja.Zura membalasnya dengan getusan yang penuh kelembutan,dan menyatakan bahawasanya dia tidak mungkin akan meniagakan maruah cintanya kepada sesiapa pun,bahkan cinta sucinya hanya diperuntukan untuk Haziq semata-mata dan tidak boleh dibida dengan nilaian harga,meski dibayar dengan taruhan nyawa sekalipun masih juga lagi tidak memadai untuk menodai cintanya.

    Jelas terpancar sinaran kekecewaan yang terzahir daripada raut wajah Linda yang sama sekali sungguh tidak menyangka pendirian dan jati diri Zura begitu teguh dan kental.Geram dan berang atas kekebalan prinsip Zura,Linda tidak berminat lagi untuk meneruskan sketsa sinetron yang berlaku pada hari ini,dan berlalu pergi meninggalkan Zura keseorangan.Sempat juga Zura menarik tangan Linda seraya berkata ''tolong rahsiakan pertemuan kita ini daripada Haziq,dan jemputlah hadir ke majlis perkahwinan kami nanti'' lantas menghulurkan kad undangan majlis perkahwinannya kepada Linda.

    Linda melayangkan kad jemputan itu dengan gerak tari dan lemah gelamai jari jemarinya sehingga terhuyung hayang lalu jatuh terjelepok ke lantai lalu menyandari pada celana milik Zura.Linda langsung tidak menghindarkan sedikit pun tentang hati dan perasaan Zura.Hanya dua permintaan sahaja yang diharapkan Zura daripada Linda,satu sudah pasti tidak terlunas,apakah yang berbaki akan terlaksana?

   Zura kembali semula ke kereta Perodua Myvi milik ibundanya Puan Rosnah yang tidak lama ditinggalkannya sebentar tadi.Dia tertoleh sebentar pada sekeping surat yang berada di sebelah tempat duduk pemandu,yang baru dikaranginya malam semalam khas buat tatapan Haziq.Tetapi dia masih lagi ragu-ragu akan praktikaliti keperluan untuk disampaikannya ataupun tidak,lantas dicapainya naskhah tersebut lalu dilipat rapi supaya padat untuk dimuatkan ke dalam ruangan kocek seluarnya.

    Deruman enjin kereta dihidupkan,dengan tanpa membuang masa pedal minyak ditekan,maka berlalulah Zura pergi meninggalkan salah satu babak daripada babak-babak yang terpaksa ditempuhinya.Sesekali dia termenung mengenangkan nasib dirinya yang tidak pernah lekang dek ujian.Tanpa disedari,buat acap kalinya air matanya kembali berkocakan,walaupun sudah puas untuk dia mengawal linangannya.Makin ditahan makin berhamburan.Sudahlah malam tadi air matanya bercurahan tatkala dia mengarang warkah buat Haziq.Mungkin ini juga adalah salah satu bukti agung bahawa Allah amat menyayanginya dengan memberi sedikit dugaan yang masih lagi mampu tertanggung olehnya.Di sebalik musibah yang dilalui,ada terukir seribu satu makna kesyukuran yang tertampal teguh di hatinya.

No comments:

Post a Comment