Tuesday, May 24, 2011

~Terungkai,Terbongkar,Tergempar!! (Episod 10)


    ''Zura...ni ada surat buat kamu''jerit Puan Rosnah kepada puteri sulungnya itu.Zura sedang membelek-belek beberapa buah buku latihan milik adik bongsunya,Fatin,yang masih lagi menuntut di sekolah rendah dan akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah tidak lama saja lagi.Sesekali beberapa lembayung kata-kata perangsang terbit dari lidah petah Zura azimat buat diri Fatin.

    Fatin juga ingin mengikuti jejak langkah kakak sulungnya,dan seterusnya mengukir namanya pada batu bersurat kejayaan miliknya.Serentak dengan panggilan ibunya,sekilas sahutan bayangan Zura menyusul bak halimunan di dapur lantas menemui ibunya lalu mencapai senaskhah warkah yang tertulis namanya.Mungkin surat dari JPA barangkali,bisik hati kecilnya begermersikkan,tanpa terselit jambangan kesungguhan di hatinya untuk menyelami apakah yang terkisar dalam kandungan surat tersebut.

    Zura menangguhkan hasratnya seketika,bagi memberi laluan untuk dirinya menunaikan salah satu daripada lembaran kefardhuan.Sayup-sayup laungan azan berkumandang menggegarkan suasana di setiap ceruk dan penjuru kawasan perumahan Taman Melawati menandakan telah masuknya waktu Isya.Diletakkannya surat itu tadi di atas bantal lantas mengenakan busana muslimahnya dan menghamparkan tikar sejadah berwarna merah kusam di atas lantai parkir kamarnya.

    Maka bersujudlah Zura ke pangkuan ilahi dengan penuh rasa kehambaan.Selesai Zura berdoa dan bermunajat,dia pun mencapai warkah yang diletakkannya rapi di atas bantal yang terletak tidak jauh dari ruang lingkup pelabuhannya.Dengan perlahan dan penuh cermat Zura membuka keratan sampul yang tebal terisi.Sesekali debaran hatinya mengetuk jantungnya begitu pantas.Entah mengapa Zura merasakan hal yang sedemikian sejak daripada mula dia menerima naskhah itu tadi.

    Beberapa keping berupa gambar berukuran 4d dan kehadiran sekeping surat benar-benar menyentap kalbunya.Belum pun sempat dia merasakan serpihan dari kenikmatan duniawi,kini dia telah menggelupur di dalam kancah lurah kedukaan.Dunia Zura gelap sebentar.Airmata yang sudah lama tidak hinggap di pipi mulusnya,kini deras mengalir bagaikan empangan yang terbuka.Masakan boleh dibendung lagi aliran dan simbahannya.Zura membiarkan sahaja tangisan itu terus membasahi telekungnya.

    Di dalam perutusan tersebut telah cukup melakonkan tentang apa yang sudah tersurat dan tersirat di antara Linda dan Haziq.Memadailah gambar-gambar itu sahaja yang menjadi penglipur lara bagi segala pengkhianatan Haziq kepadanya selama ini.Namun pun begitu,Zura masih lagi menyayangi Haziq dengan sepenuh hati tanpa menaruh sekelumitan dendam pun yang tercalit.

    Zura mencintai Haziq ikhlas hanya kerana yang Esa.Soal paras rupa tidak pernah menjadi bahan ukuran baginya apatah lagi mengharapkan kemewahan meterial keduniaan daripada insan yang bernama Haziq.Apa yang diinginkannya hanyalah secangkir daripada kasih sayang dan secebis kebahagian untuk dikongsi bersama.Zura percaya yang Haziq akan berubah suatu hari nanti,dan yakin bahawa ke semua tindakan Haziq itu tidak melambangkan dirinya yang sebenar.Zura kenal benar akan diri Haziq.Mungkin ini semua berlaku oleh kerana Haziq kurang mendapat perhatian daripadanya.

    Dia juga menyalahkan dirinya atas apa yang terjadi dan menerima seadanya ketentuan ini dengan penuh keredhaan.Zura bersedia memaafkan atas segala perlakuan sumbang Haziq di belakangnya serta ingin merahsiakan hal ehwal yang berlaku pada malam ini kepada sekalian alam hatta kepada Haziq sekalipun.Dia tidak mahu Haziq terlihat kesedihan yang terpancar di dalam dirinya,meskipun jauh di sudut hatinya ada terhakis sedikit kecalaran.

    Bahkan dia mahu Haziq sentiasa melihat keceriaan yang lahir daripada raut wajahnya baik pada luaran mahupun dalaman.Bagi Zura,kebahagian yang dimilikinya,adalah titik hasil daripada kegembiraan Haziq.Dia ingin menjadi pendamping yang terbaik dan solehah disisi Haziq.Oleh yang demikian,dia harus menyiapkan diri dan emosinya bermula daripada sekarang.Cuma pada minggu hadapan,Linda telah menyiapkan satu temu janji khas buat dirinya bersemuka secara langsung dengan Zura.Zura bersiap segala untuk berhadapan dengan Linda.Baginya,segala permasalahan mestilah ditangani dengan baik dan aman.Biarlah semua ini berakhir hanya antara dia dan Linda.Zura tidak berminat untuk melibatkan mana-mana pihak pun dalam percanggahan ini.Hujan tidak akan selamanya berlimpahan.Sinaran dari tujuh warna keindahan petala langit pasti akan kunjung tiba.

2 comments:

  1. sy sgt suka lagu blog awak ni...sy follow erk

    ReplyDelete
  2. yeke...but,u hav to know,when the chapter's moving,the songs hav to be exchange...i'm sorry k..but anyway,thanx...i appriciate it...

    ReplyDelete