Saturday, May 14, 2011

Saksi Cinta Bisu..(Episod 8)


    Haziq masih lagi tekun meneruskan sisa kerja yang masih belum selesai walaupun jam di tangannya sudah menunjukkan pukul lapan malam.Kerangka draf lengkap untuk kondo mewah yang bakal bermula pembinaannya pada hujung tahun ini masih lagi di tahap lakaran comot.Datuk Ilham percaya benar pada kredibiliti yang dimiliki oleh Haziq,sehingga menyerahkan sepenuhnya bahu tanggungjawab tersebut kepadanya.Inilah projek terbesar Haziq yang pernah dirangkulnya buat kali pertama sepanjang tempoh dia mula berkhidmat di Daya Bumi Holdings dan sekiranya dia berjaya,masa depan keriernya sudah tentu akan bertambah cerah.

    Begitu cermat Haziq mengatur catatan bagi setiap bacaan keluasan dan kelebaran untuk lakaran binaannya supaya ia mematuhi segala terma dan skala yang ditetapkan.Setiap pengiraan itu haruslah tepat bagi memastikan struktur binaannya kukuh dan selamat didiami demi mengelakkan kejadian pahat berbunyi apabila sudah siap dibina nanti.Segala aspek keselamatan wajib diambil kira dan diteliti sedalam-dalamnya.Tiba-tiba daun pintu ditolak perlahan-perlahan tanpa Haziq menyedari akan kehadiran Linda,puteri tunggal Datuk Ilham yang telah memasuki ruang legar pejabat peribadi miliknya.Haziq terpana seketika,setelah dia menyedari bahawa Linda sudahpun terpacul benar-benar di hadapannya.

    Senyuman kelat  terpaksa dimuntahkannya.Linda seolah-olah faham yang kehadirannya kurang disenangi oleh Haziq.Haziq adalah seorang pekerja yang  sangat berdedikasi dan berkomitmen tinggi dan tidak suka akan gosip-gosip murahan,tambahan pula,kehadiran CCTV meliar disetiap lingkaran pelusuk bangunan syarikat,yang lebih lagi merisaukannya.

    ''you tak balik lagi?rajinnya menantu papa I ni''tawa Linda dengan penuh manja sambil melurutkan separuh dari badannya ke atas meja sambil mencuit-cuit mesra hidung mancung Haziq.Siapa sahaja yang tidak terliur dengan kemontokkan dan kegebuan susuk tubuh Linda,bibirnya yang pekat kemerahan bak delima,pakaiannya pula yang selalu menjolok mata,mampu membuatkan ramai jejaka di luar sana tidak kering gusi apabila memandangnya.

    Haziq terus membuka kaca matanya,lalu memasukkan ke dalam pek mudah alih.Kertas-kertas lakarannya yang ala-ala kertas mahjong itu,digulung menandakan sesi untuk hari ini telah pun tamat.Lantas dicapainya tangan Linda dan digenggamnya dengan penuh erat lalu meninggalkan Daya Bumi Holdings milik Datuk Ilham.

    Berang juga Haziq dengan sikap Linda yang sengaja untuk menimbulkan provokasi.Haziq bimbang-bimbang jikalau wartawan dapat menghidu skandal dan perhubungan  mereka.Dia tidak mahu kisah percintaannya dengan puteri Datuk Ilham dijaja dan diketahui oleh masyarakat di luar sana.Haziq tidak mahu orang lain menganggapnya seperti menangguk di air yang keruh terhadap kekayaan Datuk Ilham dan tidak bersikap profesional.Dan yang paling penting,dia tidak mahu berita ini sampai ke pengatahuan Zura.Sebenarnya itulah yang sangat ditakutinya.

    Malam itu,kereta BMW Seven Series milik Linda,berplat WUV 4531 terus menderum mengahala ke kondo persendirian milik Linda yang dihadiahi Datuk Ilham bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke dua puluh dua.Meter pecutan kereta yang serba mewah itu hanya berlegar sekitar 150 dan 160km sejam.Sesampainya mereka di situ,maka berlakulah beberapa aksi terlarang.Kondo itu telah  menjadi saksi bisu betapa agungnya cinta mereka berdua.Haziq terus berperanan seperti nahkoda yang mengemudi jentera kapal layar.

    Maka berlayarlah mereka dengan penuh rasa cinta sehingga menjelang fajar.Itulah fenomena yang berlarutan semenjak Haziq mula mengenali Linda ketika dia baru sebulan memulakan keriernya di Daya Bumi Holdings.Harimau mana yang menolak bangkai segar.Begitulah nasib Haziq yang diulit dilema seperti dibelit ular sawa kelaparan.Perasaan bersalahnya pada Zura sangat mendalam.Di lubuk hatinya masih lagi menyayangi diri Zura tetapi dalam masa yang sama dia tidak dapat lagi melepaskan diri dari cengakaman Linda.

No comments:

Post a Comment