Wednesday, May 4, 2011

Ceritara Tangisan Ibunda (Episod 6)

(Setahun setelah Zura pergi melanjutkan pelajaran ke Korea...)

    Puan Rosnah masih lagi meneruskan kebiasaanya membalut bungkusan nasi lemak beralaskan daun pisang hasil buatan air tangannya sendiri,yang menjadi ketagihan dan kegilaan penduduk setempat yang memulakan operasi perniagaan pada jam tujuh pagi dan berakhir pada jam sembilan pagi.Penangannya memang menjadi igauan kepada barang sesiapa sahaja yang pernah merasainya.Sudahlah rasanya menggamit hati,aromanya yang memukau,dan harganya pula sangat berpatutan,dengan hanya bermodalkan satu ringgit,sesiapa saja mampu untuk memilikinya,tidak kira tua atau pun muda,serta tidak pernah mengenal bangsa mahupun paras rupa.Ini menyebabkan ramai pelanggan yang menjadi pengunjung setia terutamanya bagi pekerja-pekerja kilang yang baru hendak memulakan syif seawal jam lapan pagi dan bagi yang baru sahaja menamatkan syif malam pada jam tujuh pagi.Jam di dinding sudah menunjukkan pukul enam pagi.

    Hanya tinggal beberapa bungkusan nasi lemak lagi yang masih belum selesai dibalut.Puan Rosnah menangguhkan sementara proses pembalutan,dia bingkas bangun dari tempat duduknya berjalan menuju ke arah tirai kamar anak-anaknya untuk mengejutkan mereka supaya bangun dan bersolat subuh serta bersiap untuk pergi ke sekolah.Begitulah rutin Puan Rosnah pada setiap hari.Puan Rosnah tidak pernah sama sekali untuk menyalahkan takdir yang menimpanya bahkan menganggap bahawa semua yang berlaku ini adalah ketetapan sejak dari azali lagi dan dugaan daripada tuhan untuk menguji tahap nilai kesabarannya..

    Dia selalu merasakan bahawa mungkin ada hikmah yang terselindung di sebalik apa yang telah terjadi,apatah lagi untuk dia berputus asa bagi meneruskan usahanya membanting tulang empat kerat dan memerah segala keringat demi membesarkan anak-anaknya,memang tidak sama sekali bahkan tidak pernah terlintas langsung di akal fikirannya yang waras.

    Sesekali dia terkenangkan Zura puteri sulungnya.Zura sering membantunya,dan sering bersama-sama dalam berkongsi kesusahan yang dialaminya.Zura memang seorang anak yang baik dan tidak pernah merungut terhadap kesusahan ibunya bahkan Zuralah yang selalu memberi kekuatan dan membakar semangatnya.Kini,Zura sudahpun berada jauh beribu batu di perantauan meninggalkannya,Puan Rosnah terasa seperti kehilangan sebelah kakinya.Namun pun begitu,die terpaksa melepaskan Zura kerana tidak mahu Zura menerima nasib yang sama sepertinya.

    Dia mahu Zura membela nasib adik-adiknya pada suatu hari nanti.Kini hanya tinggal adik-adiknya yang menggalas semua tanggungjawab Zura demi meringankan lagi bebanan yang ditanggung oleh ibundanya.Semua anak-anak Puan Rosnah baik-baik belaka serta amat memahami akan kesusahan yang menimpa keluarga dan tidak pernah pula mereka meminta-minta untuk memiliki sesuatu yang tak termampu oleh ibundanya.Mereka begitu menitik beratkan soal penjagaan hati ibundanya.Puan Rosnah amat besyukur kerana dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.

    Anak-anak itulah yang menjadi nadi dan tunjang kepada kekuatan Puan Rosnah selama ini,kalaulah tidak kerana anak-anaknya,sudah pasti hidupnya akan lebih melarat dan terumbang ambing.Walaupun mereka hidup dalam serba kesempitan,Puan Rosnah tidak pernah mengabaikan tanggungjawab kepada anak-anaknya,bahkan semua anak-anak diberikan pelajaran dan makan minum yang secukupnya.Kasih dan sayang juga diberikan sama tara tanpa memilih bulu.

    Lain pula cerita bapanya Encik Saad.Encik Saad adalah seorang juruteknik di sebuah kilang terkemuka di Shah Alam.Dia mempunyai pendapatan yang agak tinggi dan lumayan pada setiap bulan.Akan tetapi,kewangannya selalu saja lesap dilaburkan untuk kelab-kelab malam yang menjadi kunjungan setianya hampir pada setiap hujung minggu.Jadi,tidak hairanlah jika wang simpanannya selalu berada di tahap debit.

    Hutangnya penuh di sekeliling pinggang,sama ramai seperti permpuan-perempuan yang sering menjadi mangsa lempiasan nafsu serakahnya.Encik Saad disahkan menghidapi H.I.V positif tetapi masih lagi berada di peringkat permulaan.Akan tetapi tidak ramai pula yang mengetahui akan hakikat kebenaran tersebut,kecuali Puan Rosnah.Itulah yang menjadi antara punca utama kepada perceraian mereka.Puan Rosnah bimbang akan kesihatan diri dan anak-anaknya,lantas memfailkan tuntutan cerai.

    Mahkamah Syariah meluluskan permohonan dan pemfailan Puan Rosnah di atas sebab-sebab yang sangat munasabah dan rasional.Diberitakan hampir sebulan yang lalu,isteri baru kepada Encik Saad baru sahaja menghembuskan nafas terakhirnya,akibat dari penyakit yang dideritainya.Rupa-rupanya,secara tidak disedari,perempuan yang baru dikenali di sebuah kelab malam lantas dinikahinya itulah yang manjadi pembawa virus dan penyebab utama kepada penderitaan yang dialaminya kini.Mungkin itulah balasan tuhan akibat dari perbuatan terkutuk dan kekejamannya ke atas isteri dan anak-anaknya selama ini.

4 comments:

  1. perenggan 1st xbest. terlampau ber"mubalaghah". sori. yang len ok.

    oh. suka dengan ayat kurungan tuh. haha

    eh. masih tidak buang lg verification tuh?

    ReplyDelete
  2. yeke....sowi...pasal yg perenggan 1st tu....u ni mmg pembaca setie i...cayang kat u,huhu...walaupun i ade peminat sowang je kat dunia ni mcm u,i akan tetap further usehe i,huhu..terharu kan dgr ayat nie...huhu

    eh eh jap...mcm mane nak buang verification tu eh??leh tolong ajar??

    ReplyDelete
  3. hahaha.

    nk buang verification tuh. g kat dashboard. then setting. comment. then carik "Show word verification for comments?". click no. ok.

    ReplyDelete
  4. ok...thanx...got u.....

    ReplyDelete