Saturday, April 30, 2011

Melodi Hatiku nan Terindah Hanya Untukmu~ (Episod 5)


    Haziq agak kepenatan pada malam itu.Penatnya bermain futsal sebentar tadi masih belum kebah lagi.Masih sempat lagi dia melakar sesuatu di kertas lukisan.Haziq memang minat melukis sejak dari kecil dan bakat melukisnya boleh dikatakan juga setaraf dengan barisan pelukis potret jalanan di pasar seni.Cuma cita-citanya tidak hanya untuk menjadi pelukis jalanan.Minatnya dalam bidang seni reka bina memang tidak boleh disangkal lagi serta sungguh mendalam dan telah dipupuk sejak dari dia kecil lagi.

    Struktur dan rekaan bentuk rumahnya yang terkini agak unik,telah diaplikasikan untuk rumah kampungnya di Sik.Walaupun agak sederhana juga pembiyaan yang dihulurkan oleh abang-abang dan kakak-kakaknya,tetapi binaannya berpadanan dengan dana yang tersedia.Mujurlah Haziq bijak menyeimbangkan dan menyesuaikan dana serta keperluan untuk infrastruktur binaannya.Sungguh terpegun dan rasa tidak percaya seluruh ahli keluarganya melihat perubahan drastik pada rumah yang mereka diami sejak dari kecil itu sekaligus tak ubah menjadi seperti rumah-rumah yang mereka diami di Kuala Lumpur.

    Semua adik-beradiknya telah pun menetap lama di Kuala Lumpur,dan membina rumahtangga dan kerjaya mereka di sana.Kini hanya tinggal adik bongsunya yang menemani ibunya di kampung memandangkan Haziq juga terpaksa keluar dari kampung halaman demi untuk melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti yang terletak tidak jauh dari ibu negara.

    Pertemuannya dengan Zura pada petang tadi di Pavilion secara tidak di sengajakan itu masih lagi tidak dapat dilupakan dan senantiasa terngiang-ngiang di ingatannya.Sungguh kebetulan.Secara hakikatnya memang dia kenal akan Zura sejak dari bangku sekolah lagi dan banyak mendengar cerita tentang Zura dari teman sekampungnya Mimi.

    Anak muda ini juga sebenarnya tidak pernah mempunyai sebarang pengalaman dalam menjalinkan persahabatan dengan kaum yang bukan sejenis dengannya apatah lagi untuk bercinta,kerana sifatnya yang agak pemalu.Kalau bukan kerana Zura yang menegurnya terlebih dahulu,sudah pasti tidak akan berlangsung perbualan singkat di antara dua insan itu.Kalau diikutkan sebenarnya,dia juga agak tertarik dengan personaliti yang dimiliki oleh Zura,dengan penampilan Zura yang tampak tidak jauh bezanya seperti gadis-gadis seusianya dan setanding mereka,ditambah pula Zura tidak perlu mengenakan aksesori yang lengkap untuk menyerlahkan keayuannya,kecantikan dalamannya memang jelas terpancar berkilauan barang sesiapa sahaja yang memandangnya.

    Cuma rasa ego dan malu yang menghalang Haziq untuk memulakan gerak langkah yang sepatutnya.Dia juga tidak tahu menahu apakah rasionalnya,dan mengapa tarikan magnet Zura padanya begitu kuat.Haziq agak sedih apabila Zura memaklumkan bahawa dia akan melanjutkan pelajaran ke Soeul National University yang terletak di Korea Selatan dalam bidang kejuruteraan.Belum pun sempat hubungan mereka berputik,Zura sudah pun mahu pergi jauh untuk meninggalkannya.Cuma hanya tinggal sebulan sahaja lagi sisa baki masa yang boleh dimanfaatkannya untuk Zura.

    Haziq juga tidak mahu meletakkan harapan yang terlalu tinggi pada Zura,kerana dia bimbang suatu hari nanti Zura akan bertemu pengganti yang lebih baik darinya apabila sudah berjauhan.Haziq juga sedar akan kemampuan dirinya dan risiko percintaan jarak jauh,walaupon pada hakikatnya,memang Zura sudah lama terpikat dan terpesona pada Haziq.Akan tetapi Haziq sering menidakkan perasaannya,kerana bimbang yang dia akan dikecewakan suatu hari nanti.

    Lakaran pada lukisan Haziq terhenti seketika,secara tiba-tiba dia meraba kocek seluarnya,kedengaran lagu Dealova dari kumpulan Dewa yang kedengaran dari telefon bimbitnya,tanda Zura membuat panggilan.Memang sengaja Haziq membuat tetapan lagu kumpulan dari seberang itu untuk Zura,kerana baginya melodi dan irama serta lirik yang tersirat di dalamnya membawa seribu pengertiaan dan tersurat untuk dirinya dan Zura.Perbualan yang agak berbaur bibit-bibit kemesraan itu berlegar-legar hampir kira-kira setengah jam.

    Tempo perbualan mereka juga masih di tahap peregangan memandangkan kedua-duanya masih lagi baru dan segar,cuma tidak berlaku banyak perselisihan kerana mereka amat memahami komitmen masing-masing serta terlalu banyak persamaan daripada pelbagai aspek dan sesekali disulami dengan suntingan kalam-kalam yang berbunga-bunga kewangian.Begitulah situasi yang berlaku hampir setiap hari,sebulan sebelum Zura melangkah meninggalkan tanah air.Dalam sedar dan tidak sedar juga,rasa cinta dan sayang telah terpupuk dan terpahat padu dalam jiwa mereka cuma masih lagi tidak terluah dek perkataan.

2 comments:

  1. macam laju jer cerita nih. episod 4 baru cerita pasal pmr ngan pasal sukan. spm xtau pe cerita pon? tiba2 da nak g seoul da si zura nih. ker aku yg da tertinggal keretapi?hehe

    hey, tolong delete verification tuh buleh x. nak komen pon payah. tq

    ReplyDelete
  2. yeke.......olor,nanti i tgok balik eh setting...u jgn isau taw....

    isu keretapi tu kan,u x t'tinggal pon sebenarnye...cume i cube fast forward kan citenye,sebab name pon novel mini kan?huhu....

    ReplyDelete