Monday, April 25, 2011

''Zura oh Zura'' (Episod 3)

(Setahun pun berlalu.....)

    Tinggal tiga hari sahaja lagi untuk Zura melangkah masuk ke dewan peperiksaan bagi menghadapi Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah.Namun pun begitu,persediaannya masih lagi di tahap suam-suam kuku.Tiada apa sebarang persediaan pun yang boleh dibanggakan.Zura termenung seketika.Jari-jemarinya tidak henti-henti memutarkan pen,sementara kawan-kawannya yang lain pula tidak putus-putus memanfaatkan masa yang masih berbaki tiga hari.Setengah jam telah pun berlalu,buku masih lagi di muka surat yang sama.

    Sorotan mata Zura asyik meliar di mana-mana sahaja.Sampaikan suatu ketika,pandangannya tiba-tiba terhenti.Dia terkesima sebentar.Seperti ada aura malaikat emapt puluh empat yang baru sahaja melintasi bilik darjahnya sebentar tadi.Lantas terdetik sedikit persoalan di dalam hati kecil nya.''siapakah gerangan yang berbaju hijau itu tadi?dari kelas yang mana?siapa namanya?''.Zura benar-benar taajub dan terpesona.Walhal,pelajar lelaki yang berbaju hijau itu tadi,tidaklah sehebat mana penampilannya jika hendak di bandingkan dengan aura yang ada pada Zack.Zura seperti dapat merasakan,bahawa dia dapat merasai sesuatu yang agak lain dan luar biasa dan ada suatu dorongan halus yang memukau naluri kewanitaannya.Tidak pernah dia merasai perasaan yang sedemikian walau terhadap Zack sekali pun.

    Pelajar lelaki itu ialah Haziq.Haziq hanyalah anak muda harapan kampung yang berasal dari bandar Sik di Negeri Kedah.Haziq merupakan seorang insan yang sangat sederhana.Tidak terlalu bergaya,tapi kesederhanaannya mampu mengangkat kelakiannya di mata Zura.Ayah haziq sudah lama pergi meninggalkannya sekeluarga.Haziq adalah anak kedua terakhir dari lapan adik beradik.

    Haziq pada asalnya hanya bersekolah kampung,akan tetapi selepas dia menyandang kejayaan di dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah,dia terus ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke institusi yang sama dengan Zura.Ini bermakna,Haziq hanya tua setahun meninggalkan Zura di belakang umurnya.Hampir ke semua maklumat ini,Zura perolehi dari Mimi,teman sekampungnya sejak dari kecil.

    Memang agak janggal dengan pendirian Zura ini,baru pun usianya mencecah lima belas tahun,pandangan dan kematangan pemikirannya sudah jauh meninggalkan rakan-rakan seusianya.Ini mungkin juga disebabkan keinginan untuk teliti dalam pencarian cinta sejati,agar tidak tersilap langkah seperti kedua orang tuanya.Kedua orang tuanya adalah mangsa percaturan perkahwinan.Mungkin Zura juga tidak mahu terjerumus dalam nasib malang kedua orang tuanya yang menyebabkannya merana di kemudian hari.Justeru itu,tidak hairanlah kalau dia sudah mula memikirkan soal jodoh pada usia yang terlalu muda.

    Tiga hari kemudian,peperiksaan pun berlangsung seperti yang ditetapkan.Hari berganti hari,maka berturut-turutlahlah kertas peperiksaan yang telah selesai.Sehinggalah pada hari yang terakhir,yakni pada hari Jumaat,peperiksaan pun melabuhkan tirainya.Maka berseronoklah para pelajar tingkatan tiga yang berada di sekolah berkenaan.

    Tidak ketinggalan ada yang melucutkan tali leher mereka dan melemparkannya serentak beramai-ramai,dan tidak kurang juga ada yang melompat-lompat tanda kegembiraan.Keghairahan gelagat mereka seolah-olah mereka sudah tahu akan natijah yang bakal mereka perolehi nanti.Di sebalik temasya yang gilang gemilang itu,hanya Zura sahaja yang memencilkan diri keseorangan,seolah-olah dia juga tahu akan natijah yang bakal diterimanya.Termenung panjang dia mengenangkan nasib dirinya.Sekali sekala,bayangan Haziq menjengah ke dalam angannya di sebalik jiwa kacaunya.

2 comments:

  1. 'Seperti ada aura malaikat empat puluh empat yang baru sahaja melintasi bilik darjahnya sebentar tadi'.

    ayat nih cliche la. suka sangat dengan penggunaan malaikat 44 tuh. dah xtau malaikat tuh baik ke x. ada yang nak menyimpang. ada yang nak memandang. haih

    nway, nice

    ReplyDelete
  2. rykhel....ade episod 4 gak taw...bace e..huhu...anyway rel,thanx 4 those komen...luv u...

    ReplyDelete