Monday, April 25, 2011

Kemenangan Milik Kita (Episod 4)

    Sokongan dan jeritan penyokong sentiasa bertali arus untuk Zura.Apakah hari ini bakal terlakar satu sejarah baru buatnya.Tekanan terus dirasai oleh Zura dan para penyokongnya yang begitu setia dan terdiri dari kalangan rakan-rakan sekolahnya.Zura hanya perlu menunggu isyarat dari pengadil untuk memulakan langkah kemenangan.Tembakan dilepaskan,berdesup langkah ke semua peserta menuju ke arah garisan penamat.Zura memang agak terkebelakang dalam lima puluh meter yang  terawal,dan memang itu salah satu juga dari strategi lariannya.Namun untuk lima puluh meter yang terakhir,satu persatu peserta dipintasinya hinggalah badannya yang pertama menerjah ke garisan penamat.

    Zura membongkokkan badannya,tangannya memegang kepala lututnya,tanda kepenatan dan tidak mampu untuk terus memberikan reaksi positif kepada para penonton.Zura menghela nafas panjang,perlahan demi perlahan,tangannya melambai-lambai ke arah para penyokong setianya,tanda penghargaan di atas sokongan mereka,dan Zura merasakan bahawa kehadiran penyokong membakar lagi api kemaraan di dalam lubuk hatinya.Hari ini,Sukan Sekolah seluruh Malaysia,menerima juara baru,yang mewakili Negeri Selangor dalam acara 100 meter dengan catatan masa 11.90 saat.Beliau telah memecahkan rekod kebangsaan dan rekod peribadinya sendiri.

    Tidak lupa juga Cikgu Zul yang terlalu banyak membimbing Zura dan turut menerima tempias dari serpihan kegembiraan ini.Tidak sia-sia usahanya selama ini mempertahankan keberadaan Zura di sekolah berkenaan pada tempoh lalu,walaupon terpaksa berhadapan dengan pelbagai jenis tohmahan dan kritikan dari guru-guru yang lain.Ini dek kerana Zura tidak dapat mencapai skala gred yang telah ditetapkan oleh institusi tersebut.Mana-mana pelajar yang mendapat keputusan tidak menepati skala gred yang ditetapkan,tidak akan teragak-agak dibuang dari institusi dengan serta merta.

    Memang institusi berkenaan amat menjaga nama baik dan reputasinya.Pencapaian zura di dalam peperiksaan PMR(Penilaian Menengah Rendah) baru-baru ini agak meruncingkan dan mengecewakan.Sudah pastinya akan ditendang dengan serta merta.Cikgu Zul adalah watak yang paling penting bagi memastikan Zura terus berada di situ.Cikgu Zul sayang akan bakat yang dimiliki oleh Zura,dan terus memberikan jaminan kepada pihak institusi bahawa akan memastikan kejayaan Zura dalam Sijil Peperiksaan Malaysia pada tahun ini dengan mempertaruhkan kerjayanya.

    Begitu yakin Cikgu Zul terhadap kebolehan Zura,masakan Zura pula tidak boleh yakin pada dirinya sendiri.Zura juga tidak mahu menghampakan harapan Cikgu Zul terhadapnya,dan Zura  ingin menebus segala kegagalan yang ditempanya untuk bertahun-tahun lamanya sepanjang dia berada di sekolah tersebut.Zura juga perlu berbuat sesuatu demi untuk masa hadapannya dan keluarga.

    Sorakan yang gegak gempita terus menggegarkan arena stadium dengan tidak henti-henti.Kedengaran nama Zura dan Negeri Selangor dilaungkan seiring dan sama rata dari kelompok penonton setia.Titisan air mata kesyukuran dari Zura terus membasahi alis mata nya.Beliau tidak dapat lagi melindungi kesedihan dan rasa terharunya pada hari tersebut.Serentak namanya diumumkan sebagai pemenang untuk acara sukan paling berprestij itu,pingat pun dikalungkan untuknya,sejambak bunga juga dihadiahi,dengan itu lagu pertiwi untuk Negeri Selangor terus bergema dan berirama mengiringi kejayaan zura.

No comments:

Post a Comment