Wednesday, April 20, 2011

Sedih Bersulam Pilu. (Episod 2)


   ''Eh,kau tak pergi ke kelas petang ni?''tanya Mimi kepada Zura.Mimi adalah satu-satunya teman sebilik Zura yang paling intim.Zura hanya berdiam sambil menekup keseluruhan mukanya pada bantal.Mimi seakan-akan faham maksud yang tersirat dari gerak geri tubuhnya.Mimi faham benar akan sikap teman baiknya itu.Mimi terus beredar meninggalkan Zura keseorangan dan menuju ke sekolah.Perlahan-lahan Mimi hilang dari pandangan.Zura mengangkat wajahnya yang tadi tersembam di balik bantal.Air matanya tidak berhenti merembeskan curahan.Panggilan telefon ke rumahnya sebentar tadi benar-benar merobek hati dan perasaannya.Ibu dan adik-adiknya telah diusir keluar dari terataknya.

    Semua ini adalah angkara Encik Saad yang tidak bertanggungjawab.Encik Saad ialah bapa kandung Nur Izura.Dia sama sekali tidak menyangka akan tindakan biadap bapanya itu,yang tergamak mengusir anak-anaknya sendiri,dengan alasan mahu menetap di situ bersama isteri barunya.Hiba sungguh hati Zura apabila mengenangkan nasib ibu dan adik-adiknya itu.Mujurlah rumah ibu saudaranya terletak berhampiran dengan teratak asal mereka.Dapatlah mereka menumpang berteduh walaupun untuk seketika.Salah ibu Zura juga,kerana gran rumah diletakkan di atas nama bapanya.Tetapi pinjaman bank dibuat dan terpaksa dilunaskan oleh ibunya pada setiap bulan walaupun insan yang menikmati manfaat dan keselesaannya,ialah manusia yang bertopengkan syaitan.Hanya doa sahaja yang dapat Zura kirimkan untuk ibu dan adik-adiknya.

    Lamunan Zura terhenti seketika,apabila dia terdengar bunyi detakan telapak kaki.Barangkali warden yang sedang lalu lalang,bagi memastikan tiada pelajar yang ponteng untuk prep petang.Sudah menjadi kebiasaan Zura,apabila setiap kali kedatangan warden,dia akan bersembunyi di dalam almari.Kali ini,nasib benar-benar tidak menyebelahi Zura,warden seperti dapat membaca dan menghidu helahnya,kerana warden yang baru diberi mandat ini,adalah bekas pelajar sekolah tempat di mana Zura menuntut.Taktiknya itu juga adalah taktik lapuk yang biasa digunakan oleh rakan searenanya sewaktu ketika dahulu.Jadi,setiap pelusuk dan penjuru sekolah,hanya mainan asas bagi warden tersebut.

    Zura keluar dengan terpinga-pinga dari almari yang hanya memuatkan badannya sahaja.Sempat juga Zura melemparkan secangkir senyuman kambingnya sebelum sedas tamparan hinggap di pipi gebunya.Sakitnya bukan kepalang dan tiada langsung rasa belas kasihan.Terlintas juga di hatinya bahawa sebuah tamparan balas dari pihaknya melayar.Akan tetapi,itu tidak mungkin akan terjadi.Sehubungan dengan itu,Zura diheret ke Bilik Disiplin,dan dibicarakan atas kesalahan disiplin.

    Jarang juga pelajar-pelajar lelaki yang memasuki laman bilik disiplin yang berhawa dingin dan agak  esklusif itu,inikan pula pelajar perempuan,memang jauh panggang dari api.Zura pula merupakan wakil tunggal kaum hawa yang mengisi kuota kekosongan tersebut.Berita tentang Zura masuk ke bilik bicara disiplin itu agak hangat diperkatakan.Berbagai bentuk spekulasi yang terbias daripada bibir-bibir penuntut di institusi berkenaan.Ada yang berpendapatan bahawa Zura bakal digantung sekolah,dan tidak kurang pula yang mengatakan bahawa Zura bakal dibuang sekolah.Di sini,salah laku disiplin amat dipandang serius.Akhirnya,kata persepakatan dimetrai,Zura digantung sekolah selama satu minggu.Dia akur dan menerima seadanya keputusan tersebut dengan hati yang redha.

No comments:

Post a Comment