Sunday, April 17, 2011

Kisah Nur Izura Bermula (Episod 1)


    Kini sudah genap empat kali lamarannya ditolak sinis oleh Zack.Zack adalah seorang jejaka rupawan yang sangat pintar dalam tingkatan 2 Zuhal di Sekolah Sains Selangor.Zack juga berasal daripada keluarga yang sangat berada,ayahnya salah seorang tokoh politik yang bepangkat Tan Sri,ibunya pula mempunyai toko butik yang setanding dengan jenama-jenama yang terkemuka di dunia.Tidak hairanlah jika hampir sebahagian daripada anak-anak gadis muda yang ramai tergilakannya tidak kira dari kalangan senior mahupun junior.Tapi sayang,jiwa mudanya merasakan dirinya masih mentah untuk semua ini.

    Walaupun sudah empat kali lamaran Zura ditolak bersih oleh Zack,Zura masih tetap tidak berputus asa.Zura sentiasa mengintai peluang-peluang yang tersedia dan telah mencuba pelbagai alternatif bagi menambat hati rakan sekelasnya itu,namun,usahanya selalu menemui jalan buntu.Akhirnya,Zura terpaksa akur dengan pendirian teguh anak muda itu.Zura sedar bahawa dia tidak layak sama sekali untuk menjadi pendamping bagi diri Zack.''kau ni taraf orang gaji rumah aku je''.Kata-kata nista itu,betul-betul memukul hatinya,menyentap jantung dan segala urat sarafnya.Tambahan pula hinaan tersebut diungkapkan di hadapan orang ramai.Malunya bukan kepalang.Memang semua sudah sedia maklum,Zack memang seorang yang agak  sombong dan angkuh.

    Zura juga tidak kurang hebat sebenarnya,dia juga merupakan olahragawati sekolah dan mewakili negeri Selangor dalam pelbagai acara.Namun pun begitu,dia agak terkebelakang dari sudut akademik.Itulah serba sedikit kelemahan dan kekurangan yang menghantui diri Zura.Kerap tidur di dalam kelas dan tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru-guru,serta mengungguli carta tercorot tingkatan di dalam peperiksaan adalah fenomena biasa bagi anak gadis itu.

     Gadis yang mempunyai susuk badan yang seimbang dengan ketinggiannya,dengan tona kulit yang tampak putih kemerahan,walaupun sering dijamah mentari,wajah nya yang saling tak tumpah seperti selebriti terkenal tanah air,Fasha Sandha,namun sehingga kini masih tiada siapa pun yang dapat menyelami jiwa anak gadis ini.Dia sebenarnye pelajar pintar dan harapan ketika di bangku sekolah rendah.Kalau bukan kerana keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendahnya yang mendapat pangkat kepujian dan cemerlang,masakan dia boleh diterima masuk ke Sekolah Berasrama Penuh.

    Semuanya bermula dengan perceraian kedua orang tuanya.Bapanya memang seorang yang sangat liar dan jarang berada di rumah.Ibunya yang menyara kehidupan keluarga dengan menjual nasi lemak demi mencari sesuap nasi untuk 5 orang anak-anaknya.Zura pula adalah anak yang sulung,dan segala bebanan harapan tertanggung di bahunya.Harapan ibunda kepadanya melangit tinggi hingga tak tercapai awan.Ini yang serba sedikit menekan dan menghimpit Zura.

    Namun tidak ada seorang pun yang sedar akan hakikat kesedihan ini,betapa Zura menyembunyikan di sebalik senyuman manisnya,gelagat lucu dan telatah 'happy go lucky'nya.Tiada siapa yang dapat menduga.Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul.Itulah trauma dan dilema yang dihadapi oleh Zura.Dilema inilah yang sering kali menganggu gugat emosi Zura.Jadi tidak hairanlah jika reputasi pelajarannya sangat merudum jika hendak dibandingkan sewaktu dia menuntut di Sekolah Rendah Kebangsaan.

No comments:

Post a Comment