Sunday, April 17, 2011

Kata-kata Pengantar


Muhammad Syafiq Bin Norwira

     Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,saya insan yang lemah di sisinya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadratnya dengan limpah dan kurnia yang diberikan kepada kita semua,selama kita menumpang di dalam dunia yang fana ini.Selawat dan salam juga dihadiahkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang telah banyak memberi rahmat kepada sekalian alam.

     Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibunda saya Puan Norhayati,yang membawa saya ke dunia ini,dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang,dan mengajar saya mengenali dunia ini satu persatu sejak saya kecil hinggalah ke alam dewasa.Bakat yang anakanda miliki ini juga adalah hasil diri titik peluhmu yang tidak pernah berputus asa dalam mendidik diri ini.Tidak lupa juga kepada adinda-adindaku Nurhafizah,Nurhidayah,Nurfarahin dan Muhammad Iskandar Dzulqarnain yang banyak memberi saya dorongan dan sokongan yang tidak pernah mengenal erti jemu.

    Kepada barisan sahabat juga yang menyokong perjuangan ini,dan banyak memberi tunjuk ajar,saudara Muhamad Syafiq Bin Ismail,jutaan penghargaan kepadanya yang turut berusaha menyumbangkan buah fikiran.Kalungan penghargaan untuk adinda Mohd Syahir Bin Daud yang menghasilkan 'design' untuk Nisan Cinta Suci dan barisan sahabat yang tercinta,yang terus memberi galakan kepada saya dalam menjayakan novel mini ini.

    Karya ini saya hadiahkan buat tatapan rakan-rakan agar ia menjadi sumber inspirasi kita dalam menjalani kehidupan.Maafkan jikalau ada kekasaran atau kelemahan sepanjang perjalanan plot di dalam novel mini ini,kerana saya masih baru,dan masih banyak memerlukan tunjuk ajar dari kalian semua.Ianya hanya sekadar ilusi dan fantasi dari angan-angan saya lalu saya adaptasikan menjadi sebuah penulisan yang dipanggil 'Nisan Cinta Suci'.Khas untuk anda semua.

2 comments:

  1. kata2 pengantar ko cam penulis yg da de tiga ratus lapan puluh empat karya novel je doh.haha all de best pik.

    ReplyDelete
  2. thanx kyrel...biase2 je nie...saje wat gempak untuk intro....huhu

    ReplyDelete